Latest entries

Sunday, 25 December 2011

Majlis Tafaquh Fiddin

0 comments



Sunday, 11 December 2011


Latar Belakang Pondok

0 comments



Pengenalan

       Pondok ini telah diilhamkan oleh Ustaz Muhammad James dan seterusnya mencadangkan agar pembinaannya dibangunkan bersebelahan Surau Al-Hidayah, Jalan Jati 9, Bandar Putra. Pengajian khusus Hadis Sohih di pondok ini merupakan  yang pertama di Johor dan Malaysia. Seramai 75 orang santri (65 muslimin dan 10 muslimah) telah memulakan pengajian bertempat di pusat pengajian sementara di rumah Ustaz Muhammad James  beralamat Jalan Tekukur 1, Bandar Putra. Disebabkan pertambahan santri menjadikan tempat pengajian terlalu sesak dan tidak selesa.

Tujuan

  Sebagai sebuah pusat pengajian ilmu  dan zikir yang dapat memberi manfaat  kepada masyarakat   
  Sebagai pusat  yang dapat  melahirkan ulama’-ulama’ hadis pada masa akan datang
  Mengaplikasikan sumber ilmu dalam pengajian sistem pondok yang lama kepada yang lebih moden.
  Sebagai pusat melahirkan insan yang kamil

Organisasi Pesantren

    Perlantikan ahli jawatankuasa pondok telah diadakan pada 18 September 2011 bagi memudahkan lagi segala urusan termasuklah hal pentadbiran pondok yang diketuai oleh mudir.

MUDIR                  -   USTAZ MUHAMMAD  BIN JAMES

Jadual Pengajian

  Pengajian hadis Shahih al-Bukhari diadakan pada setiap hari rabu
  Program menadah kitab bersama Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makkiy setahun sekali selama lima hari
  Program kuliah mencari dana bersama Mahaad Tahfiz Darul Quran Wal Qiraat


Harapan

     Semoga dengan izin Allah dan kesungguhan tenaga pengajar termasuklah  para santri, pesantren ini akan menjadi pusat dakwah islam terbesar di kulaijaya dan di malaysia. Sebagai mercu tanda di bandar putra khususnya dan di johor umumnya. Diharapkan juga bantuan dana daripada warga koporat bagi membangunkan satu pesantren yang dikagumi berjalan dengan lancar. Supaya pesantren in direalisasi menjadi satu pusat pengajian ilmu yang berkualiti dan bersistematik terutama dalam pembangunan sahsiah masyarakat.